Perpustakaan Keluarga :

Azizah Bt. Haji Abdullah.

340 A MK 7 Pulau Betong

11020 Balik Pulau,

Pulau Pinang.

 

Sekapur Sirih : "Akal itu tumbuh sebagaimana tumbuh tanam-tanaman, dan tumbuhnya itu adalah dengan ilmu dan pengalaman..."

"Sebaik-baik pemberian ialah akal, dan sejahat-jahat kecelakaan ialah kebodohan..."

Objektif :

Tujuan utama penubuhan Perpustakaan keluarga ini adalah bertujuan menanamkan tabiat minat membaca di kalangan ahli keluarga di samping menyahut seruan kerajaan dalam merealisasikan "Membaca Budaya Wawasan" dan pembentukan masyarakat yang berwawasan, berinovatif, berilmu dan berdaya maju.

Matlamat :

- Menanamkan minat suka membaca di kalangan ahli keluarga. Di samping menyahut seruan kerajaan dalam menjayakan Kempen Membaca. Selain itu, dapat menanam dan memupuk hobi yang berfaedah di kalangan ahli keluarga dengan menjadikan membaca sebagai budaya hidup. Dapat juga menjadi "Role Model" kepada masyarakat setempat bahawa pentingnya menjadikan amalan membaca sebagai budaya hidup yang berfaedah dan bermanfaat.

Sejarah Ringkas :

- Penubuhan Perpustakaan Keluarga Azizah Bt. Hj. Abdullah ini adalah bertujuan untuk menyimpan dan memelihara koleksi bahan bacaan yang kebanyakkannya diwarisi dari Nenek Moyang keluarga supaya kesinambungan budaya ilmu ini dapat diteruskan oleh generasi akan datang. Kebanyakkan koleksi bahan bacaan ini berusia lebih dari 40 tahun.

top

 

top

Hadith Hari Ini

top

Al-Quran Hari Ini