Kelebihan Dan Keunikan Perpustakaan Keluarga Azizah :-

Kelebihan dan keunikkan perpustakaan keluarga ini adalah terletak pada sumber bahan bacaannya yang mana merupakan warisan dari nenek moyang keluarga mencecah usia lebih 40 tahun ke atas serta alat pandang dengar canggih yang mengikut peredaran zaman dan terkini. Ini merangkumi teknologi canggih dan teknologi maklumat (ICT) seperti penggunaan Komputer, Internet, VCD dan DVD, Pemain Video, Radio dan juga Multimedia Digital seperti ASTRO yang digunakan bagi menarik minat dan juga menceriakan selain menjadi daya tarikan itu sendiri kepada Perpustakaan Keluarga di samping menjadi Sumber Media dan Maklumat.

Terdapat beberapa sudut serta ruang-ruang yang tersendiri dan unik berbeza dari sebarang perpustakaan lain seperti :-

Sudut Khazanah Warisan : Merangkumi pelbagai koleksi warisan peribadi keluarga seperti; Sebilah Keris turun termurun dari nenek moyang keluarga. Ianya diberi nama Layang Angin berusia menjangkau 100 tahun. Namun masih elok terpelihara sebagai bahan warisan keluarga. Selain itu, terdapat juga bahan bacaan yang telah disohorkan sebagai Koleksi Agong Negara Warisan Dunia iaitu Hikayat Hang Tuah.

Sudut Cyber : Ini merangkumi kepelbagaian penggunaan multimedia yang canggih dan terkini seperti Komputer, Internet, ASTRO selain alat pandang dengar seperti VCD dan DVD yang mana boleh dikategorikan sebagai sumber maklumat terbuka canggih.

Sudut Perpustakaan Maya : Bahan bacaan yang disimpan dalam Komputer sebagai daya penarik selain dapat memberi pengalaman baru bukan setakat membaca malah celik IT.

Sudut Hasil Seni : Merangkumi kepelbagaian karya seni ahli keluarga seperti koleksi lukisan-lukisan, seni hiasan dalaman dan seni hiasan taman.

Sudut Hobi : Merupakan ruangan aktiviti keluarga seperti pemeliharaan ikan (Flower Horn).

Sudut Koleksi Peribadi : Terdapat pelbagai koleksi individu antaranya koleksi komik, poster-poster wayang dan juga koleksi VCD dan DVD.

Sudut Aktiviti : Merupakan ruang pembacaan yang luas dan selesa. Sebuah teratak telah dibina yang dinamakan Teratak Ilmu bagi digunakan sebagai ruang pembacaan dan juga sesi bercerita sesama keluarga.

Sudut Seni Taman : Terdapat keistimewaan lain di Perpustakaan Keluarga Azizah ini ialah, hampir keseluruhan ruang bacaan ini dikelilingi oleh taman yang menarik. Kehijaun yang dapat menenangkan fikiran mencakupi kriteria bertindak sebagai agen penarik. Bagi menggalakkan tabiat suka membaca di kalangan ahli keluarga mahupun masyarakat setempat.

 

top

 

top

Hadith Hari Ini

top

Al-Quran Hari Ini